bootstrap html templates

PROGRAM

WAKAF AL-QURAN
PENDIDIKAN

MENGENAI PROGRAM

WAKAF AL-QURAN PENDIDIKAN

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan ini adalah anjuran Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah (PPM - 004-10-11072020).

Mobirise
Mobirise

KATA-KATA ALUAN

Besarlah harapan kami untuk merealisasikan agenda dan kerangka perlaksanaan program yang bakal memberi impak positif kepada sistem pendidikan negara sekaligus menyebar manfaat buat ummah.

Semoga usaha yang murni ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan mendapat naungan dariNYA.

Yang Benar,

Pn Fatimah Hajar Bt Abd Hadi
Penasihat
Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah & Program Wakaf Al-Quran Pendidikan



Mobirise

PENDAHULUAN

Wakaf merupakan salah satu konsep pemberian harta yang mana ia menjadi amalan Rasulullah SAW dan para sahabat. Wakaf juga adalah satu landasan konsep sedekah yang boleh dinikmati oleh orang ramai baik secara umum mahupun secara khusus.

Selain itu, ia juga merupakan suatu bentuk amalan kebajikan yang disyariatkan oleh Islam kepada umatnya bagi tujuan kesejahteraan dan kemakmuran sekaligus meningkatkan darjat ketakwaan umat Islam kepada Allah.

Melalui amalan berwakaf juga dapat memberi manfaat (ganjaran) kepada umat Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia dengan meniatkan ganjarannya kepada orang yang dihajatkan. 

Mobirise

PERNYATAAN ISU & MASALAH

Isu Kitab Suci Al-Quran di letakkan di tepi-tepi longkang, di tepi-tepi koridor sekolah serta di bawah kaki tempat duduk di dalam bas sekolah adalah suatu isu yang perlu mendapat perhatian umum.

Puncanya adalah murid-murid terpaksa membawa naskhah Al-Quran milik sendiri dari rumah ke sekolah disebabkan naskhah Al-Quran tidak mencukupi di sekolah.

Adab-adab membawa Al-Quran sepanjang pergi dan balik sekolah pula tidak dijaga menjadikan Kitab Suci Al-Quran tidak dihormati dan tidak dimuliakan walaupun telah diperingatkan oleh guru.

Apa yang dirisaukan lagi adalah, kita tidak mahu ada murid yang membawa beg sekolah mereka yang berisi Al-Quran masuk ke dalam tandas ataup dilangkah dan dipijak-pijak di kalangan murid kerana leka bermain main tanpa rasa bersalah. 

Mobirise

CADANGAN PENYELESAIAN

Atas tanggungjawab sosial kepada ummah, pihak pertubuhan mengambil inisiatif untuk mengatasi isu ini dengan menganjurkan “Program Wakaf Al-Quran Pendidikan”.

Melalui program ini, murid tidak perlu lagi membawa Al-Quran dari rumah. Manfaatnya ibarat serampang dua mata. Isu kehormatan dan kemuliaan Kitab Suci Al-Quran dapat dipelihara, dalam masa yang sama dapat menyelesaikan masalah kekurangan naskhah Al-Quran untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Daripada tinjauan pertubuhan, masih ramai guru-guru Al-Quran di sekolah-sekolah agama mengeluh kerana kekurangan Al-Quran untuk mengajar. Ini juga menjadi satu semangat bagi pertubuhan untuk membantu para ustaz dan ustazah agar lebih komited dalam pengajaran mereka di sekolah. 

OBJEKTIF PROGRAM

Projek Wakaf Al-Quran Pendidikan ini adalah untuk menangani isu-isu berikut:

Menyelesaikan Masalah Kekurangan Al-Quran

Menyelesaikan masalah kekurangan Al-Quran untuk pengajaran & pembelajaran para guru dan murid khususnya kepada sekolah-sekolah agama seluruh negara. 

Menjaga Kehormatan dan Kemuliaan Al-Quran

Menyelesaikan isu para murid tidak menjaga kehormatan dan kemuliaan Al-Quran ketika membawa Al-Quran dari rumah ke sekolah. 

Memudahkan Murid-Murid Belajar Al-Quran di Sekolah-Sekolah

Menyediakan Al-Quran Wakaf yang berfokus kepada jenis Al-Quran khas yang sesuai dengan tujuan pendidikan kerana sub fungsi Al-Quran Wakaf ini adalah memberi keutamaan kepada Hukum Waqaf & Ibtida’ Berwarna berserta Hukum Tajwid Yang Berwarna untuk memudahkan guru mengajar murid belajar di sekolah.

Menggantikan Al-Quran Yang Telah Lusuh Dengan Al-Quran Yang Baru

Menggantikan Al-Quran yang sedia ada yang telah lusuh rosak kepada Al-Quran yang baharu. 

Mewujudkan Budaya Fastabiqul Khairat

Mewujudkan budaya Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan) dikalangan masyarakat disamping menggalakkan amar makruf nahi mungkar (mengajak berbuat baik mencegah perbuatan tidak baik) dalam amalan berwakaf. 

AL-MAUQUF

Barang Yang Diwakafkan

Program Wakaf Al-Quran Pendidikan ini menggunakan Mushaf Resam Uthmani Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Kaedah Waqaf dan Ibtida’ Berwarna Berserta Hukum Tajwid Berwarna.

Tidak seperti program wakaf Al-Quran yang lain, Program Wakaf Al-Quran Pendidikan ini turut memberi nilai tambah kepada penjagaan kulit luaran Al-Quran dengan disertakan pembalut plastik yang kemas untuk melindungi Al-Quran daripada kotor, calar dan basah.

Ini bagi memastikan Al-Quran yang diwakafkan tahan lebih lama seterusnya pahala yang mengalir kepada para pewakaf insyaAllah akan berterusan dan berpanjangan. 

KEISTIMEWAAN AL-MAUQUF

Gambaran bahagian dalam isi kandungan Al-Quran yang di wakafkan untuk mengenalpasti keistimewaan-keistimewaannya. 

Mobirise
  • Al-Quran ini amat sesuai untuk tujuan pendidikan.
  • Ia mengandungi Panduan Waqaf & Ibtida’ Berwarna yang membolehkan para guru mengajar murid-murid untuk memberhentikan dan memulakan bacaan pada tempat yang betul ketika di pertengahan ayat yang panjang.
  • Blok-blok warna dalam Al-Quran ini sebagai alat bantu mengajar yang akan memudahkan guru dan murid memahami tempat-tempat berhenti bacaan tanpa mengubah maksud ayat.
  • Penggunaan Kaedah Tajwid Berwarna yang jelas dan menarik dapat membantu para murid untuk mengurangkan kesilapan Hukum Tajwid ketika membaca Al-Quran.
  • Panduan Kaedah Hukum Tajwid yang terdapat di bahagian bawah setiap muka surat dalam Al-Quran ini memudahkan para guru dan murid menyemak hukum tajwid pada ayat yang di baca.
  • Huruf ataupun kalimah yang berwarna akan memudahkan murid mencari dan menjaga bacaan hukum-hukum tajwid dengan baik serta dapat membaca ayat-ayat Al-Quran dengan tartil. 
Mobirise

PENGIKTIRAFAN

Al-Quran Waqaf Ibtida Resam Uthmani ini telah diluluskan dan disemak oleh Lajnah Tasheh Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.

Oleh itu, isi kandungan di dalam Al-Quran ini tiada mengandungi kesalahan dan kesilapan dalam percetakan. 

PROGRAM

WAKAF AL-QURAN
PENDIDIKAN

Sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun bank pertubuhan seperti berikut dengan
mengisi borang penyertaan wakaf melalui atas talian (online) di www.wakafquran.net
atau terus menghubungi hotline pertubuhan di nombor 0176839406 atau 0108942508

Mobirise

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Dengan ini disertakan No. Akaun Bank Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah: 

Nama Bank:
CIMB ISLAMIC (M) BERHAD

Nama Akaun:
PERTUBUHAN IKATAN KASIH UMMAH

Nombor Akaun:
8604245063

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan atau sumbangan, sila hubungi ATAU whatsapp Pegawai Pertubuhan seperti berikut:

Puan Fatimah Zahra

017 683 9406  

En Mohd Razif

010 894 2508 

BORANG MAKLUMBALAS

Gunakan Borang Maklumbalas ini untuk berhubung dengan kami.

Hakcipta © 2020 Pertubuhan Ikatan Kasih Ummah (PPM - 004-10-11072020)